Bismillahi babuna, tabaroka hidhonuna..

“..di waktu ia berkata kpd temannya, ‘Janganlah berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita..’..” [at-Taubah: 40]

 every cloud has a silver lining?

 saya sedang menteliti buku “Tentang Cinta” nukilan Pahrol Mohd. Juoi, yang juga salah seorang panel penulis dalam majalah Anis dan SOLUSI. buku ini saya beli tatkala saya menghadapi saat-saat sukar  beberapa tahun lepas. intipati nya relevan dan dekat di hati nurani diri ini. boleh dikatakan buku ini adalah salah satu buku yang benar-benar menerangkan prinsip hidup saya, yang saya pegang tegar sampai hari ini.

kerelevannannya menjangkaui masalah hubaya hubaya cinta. saya kembali meneliti buku ini juga disebabkan terdapat kekalutan diri mengenai seperkara dua mengenai kesulitan hidup. memandangkan saya adalah seorang yang agak emosional, dan pasang surut perasaan yang sensitif, kadang-kadang terasa bebanan di jiwa yang inginkan ketenangan yang konstan.

untuk redha dan tawakal adalah sesuatu yang memerlukan komitmen yang tidak berbelah bagi..sesuatu yang saya, hamba ALLAH yang lemah ini kadang2 was-was. dicampur dengan kekalutan dan gelodak jiwa kebelakangan ini menggoncang pegangan ‘redha dan tawakal’ saya.

saya quote kata2 dari buku ini: ” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. kata Ibnu Atoilah Al-Askandari, seorang sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah” -..didikan terus dari ALLAH…”

jika seorang (sesuatu) itu datang membuat kita kecewa, maka dialah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.” saya suka ayat ini.

“…kita tak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu ALLAH s.w.t datangkan perkara-perkara yang menggembirakan…kesedaran tentang sunnatullah ini akan memberi ketenangan..”

Saya berdoa kepada ALLAH supaya memberi ketenangan untuk redha dan tawakal dengan ketentuan-Nya.  Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa yang saya tidak ketahui.

“ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang..” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Add comment November 7, 2009

takdir itu misteri

::searching for inner peace::

::searching for inner peace::

just now was one of those days you want to just be anywhere alse but here.

Last week was hectic. sometimes i dont know why i bother being busy. most of the time i know the reason, but sometimes. sometimes i just dont want to know.

my car was crying for a wash so i took it for a bath. driving is like being high - u just let urself go and it will automatically find its way. your body is driving, but your head is sumwhere else.

just one of those days you wanted to be alone, with your thoughts.

i sort of wander through a few places here, managed to get a few things done. amazing, since the state of my mind its amazing i can do anything sane. then i just feel like i wanted to talk to someone.

so a friend who was maybe in the same mindset, we each in our own car, took a joyride. i let her lead because in my state i just wanted to go somewhere. we drove and drove. then suddenly she parks her car at the side of the road.

as i stop by her car to enquire her the reason, just in time she pointed the aeroplane that was taking off at the other side of the road. we were at the airport. and the feeling was exhilirating.

so afterwards we talk and talk. then i came back and i talk with another friend.

tapi kepala masih berserabut.

Add comment November 3, 2009

flashback: 24

masa 24 (newyear 2006)with hani di Feringgi, Penang

 

masa 24 (newyear 2006)with hani di Feringgi, Penang

(blog ini adalah rentetan dari komen kak ila; what was i doing when i was 24??..so here’s my story :) .

tahun 2005-2006 adalah tahun mencari jiwa. saya baru 23 ke 24. pada awal nya, rasa agak WOW dapat kerja di KL, apatah lagi dengan di tengah tengah nadi bandaraya KL pula. lebih kurang 6 bulan selepas itu, saya berhenti.

mungkin kerana terasa tidak masuk jiwa dengan kelajuan hidup kota metropolis. walaupun sibuk, tetapi jiwa masih terasa sunyi dan kosong. keadaan kerja pun terlalu sosial, tak masuk dengan jiwa saya yang tradisional dan perlukan ruang sendiri.

sebelum mula kerja kerani biasa di kampung sendiri pun dah mula konflik dalaman. “adakah ini kerja yang akan ku lakukan sepanjang hidup ku?” “is THIS all there is to my life?”. saya rasa saya terperangkap dan rasa sebenarnya saya ditakdirkan untuk sesuatu yang lebih..i felt that i was meant for something more.

kemudian, saya lulus ujian temuduga KPLI. saya akui pada mulanya saya isi borang pun adalah salah satu cara mencari jawapan dan memberi opsyen kepada pencarian jiwa saya..bukanlah hati saya sepenuhnya hendak menjadi pendidik. januari 2006, selepas bercuti dengan teman baik sambil menyambut tahun baru 2006, saya mendaftarkan diri ke maktab IPSAH..

berikut adalah petikan dari blog saya - ‘ Letting go’ di bulan Februari 2006:

 my class at IPSAH - kangen bangat!

“…it’s been a long time since a wrote down in my blog..the details of what happenend in between the spaces of time is better left to my own personals. it has it ups and downs…i am not unworked anymore..i am happy about that ;) and i am finally happy doing what is actually my life’s calling from childhood..everyone i know seems to say it’s about time i became what i am going to be.

and to think about it, i am happy now. i am happy that i am doing things that i never imagine i would be enjoy doing n discovering new things about myself. i meet new friends who i never thought would really connect on my emotional level…i told somebody that i have a heart of an 18 year old but the mind of a 40 year old. i sing choir, i minor in PJ! (sumtin that i thought never wud happen, me..being physical ;p), i hike up mountains, i run, i play a bit of tennis, i laugh, i make noise in class, i love eating n sleeping..ask my roomate. i am having the time of my life...”

saya telah jumpa ‘jiwa’ saya. dan pada umur 24 tahun itu,  takdir telah  membuktikan bahawa sebenarnya kata-kata Mama adalah benar belaka.  saya memang berjiwa guru. Ternyata takdir itu misteri. Allah mendengar gerak hati saya dan saya di hantar ke bandar Limbang ini dan sekolah ini.

sebulan selepas saya mengakhiri umur 24 saya ke umur 25, saya tulis blog tersebut bertajuk ‘merdeka, airports dan gwyneth’:

oh la la!

oh la la!

“…Ada yang cakap mereka cemburu saya berpeluang pergi ke sana ke mari..merdeka untuk mencapai impian saya untuk mengembara dunia. Mereka-mereka ini, di sekeliling saya sedang sibuk memikirkan perancangan hari raja sehari dan kehidupan berdua yang lebih baik, manakala saya pula sibuk naik turun airport hendak melihat dunia..Alhamdulillah saya rasa bersyukur saya mampu mencapai ‘kemerdekaan’…”

and the rest, just like they say; is history :)

4 comments October 15, 2009

life goes on

 

 

Disintegration by Luke Chueh

 

 

Disintegration by Luke Chueh

Sungguh perit, kan?

Sewaktu kita sedih dan bermuram durja. terasa dunia sungguh suram. Rasa payah. Perit.

Terasa merangkak-rangkak diri bergelumang dengan perasaan. Rasa macam mahu menjerit dan meronta, seperti orang di sekeliling buat bodo atau tak faham (tak pasti?) dengan apa yang kita rasa.  Terasa seperti terapung dalam laut kesedihan, dibawa ombak badai kekalutan dan keserabutan.

“Life goes on”, kata perangsang yang sudah lali didengar.  Berpinar telinga.Rasa macam nak kata “Diamlah!!”.  Jiwa rasa meronta-ronta, meluap-luap hendak memberontak.Tapi itulah kebenarannnya, walaupun pahit nak ditelan. Sebanyak mana dalam kesedihan atau keperitan itu, hidup perlu diteruskan.

Kerana, pada penghujung hari, itu adalah kebenarannya. hidup tetap akan berterusan, sama ada kita nak ia diteruskan, atau kita tak nak teruskan hidup dan nak hidup dalam keadaan pegun tersebut.

Burung akan tetap bersiulkan lagunya. Matahari akan tetap bersinar. malamnya bintang tetap akan berkelipan.

 

Firman Allah dalam ayat Al-Baqarah (155-156):

Dan sesungguhnya, kami pasti akan terus-menerus menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan..

..dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahiwainnalillahiroji’un..‘ “

Amin.

Add comment  Tagged:  October 11, 2009

hatiku berbicara

 

prologue:

::terus dari hati::

::terus dari hati::

 

harap ada saintis cipta blog yang boleh tolong tuliskan buah pemikiran terus dari hati. kerana yang ‘penulisan’ nya yang terbaik tersimpan di sana.

Bab I

masa sekolah rendah dulu, Assyl selalu duduk di bawah pokok rimbun rendang di depan rumahnya sambil membaca buku seram yang tebal. Bercakap dengan Jin. Amat menghairankan kerana Assyil dah tua bangka seorang penakut ayam.
mungkin pengolahan keseraman buku tersebut menarikkan dia untuk menulis. mungkin juga kehebatan fantasi dunia-dunia bubblegum lollipop Enid Blyton di yang sentiasa bertukar di atas The Faraway Tree, yang rasanya jauh lebih hebat dari Harry Potter.
dia bersama teman baiknya sentiasa berbual mengenai ladida ladidi sambil lelepakan di atas dedahan kayu yang landai di sebuah pohon rendah pada waktu lapang.

Bab II

Assyl mula menulis novel /novel grafik mengenai kehidupan diri dan rakan sewaktu remajanya yang berlatarkan hening-bening hidup di sekolah sejantina. Mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh antika-antika Jessica dan Elizabeth di dalam novel-novel Sweet Valley High yang kini berhabuk di atas almari adik perempuannya.
Natural Born Killers. nama kliknya. juga nama 3 novel/novel grafik yang dihasilkan dengan jilid berturutan. kini berada dimanaentah dalam stor belakang rumah, menunggu masa anak/cucu/cicit yang ingin mengimbau kenangan saudara-mara yang doludolu.
 

Bab III

Usahanya untuk memulakan novel yang bercorak fiksyen dan tidak berunsur peribadi sentiasa gagal. kerana baginya penulisan itu sendiri adalah peribadi. apabila kita menulis sesuatu, kita mendedahkan sebahagian dari diri kita. when we write, we bare our soul. dia rasa kagum kepada penulis yang berjaya menulis fiksyen yang benar-benar fiksyen.
dan pada saat ini, Assyl hanya menulis dalam diari. dan ini berterusan dari zaman awal remajanya hinggalah ke zaman universiti. pahit-maung, masam-manis, suka-duka semuanya berkarakterkan coretan diary.
dalam fasa-fasa ini lahirlah beberapa jilid ‘My Untold’s.
 

Bab IV

tahun itu 2005. Friendster baru saja memperkenalkan add-on baru sewaktu itu dipanggil ‘blog’. konsep yang agak seram dan janggal bagi Assyl. memaparkan tulisan jiwa supaya satu dunia melihatnya? aduh. tapi berkobar-kobar terasa ingin mencuba medium penerbitan yang baru ini; konsep penerbitan hasil penulisan sendiri tanpa perlu melalui tapisan editor. kita penulisnya. kita lah editornya.
May 2005. bermulalah satu fasa baru bagi diri penulis yang sentiasa berlegar mindanya. menzahirkan sesuatu yang peribadi ke dunia tanpa batasan, tetapi kekal identiti yang abstrak. pantun-memantun tiga empat rangkap yang kadang-kadang tak sampai ideanya jika tidak diulas dengan lebih baik.
Seni kiasan hemah awam. Siapa sangka sudah melepasi nombor keramat 101? dan memasuki tahun ke 5nya?
Siapa sangka?

Prologue

Twelve Red Herrings nukilan Jeffery Archer. kagum dengan gaya penulisan suspen beliau, dengan penutup yang selalu mengejutkan. sedar diri sudah lama tidak menulis blog.
membaca arkib blog-blog terdahulu. adakah saya semakin lama semakin berkarat? ataupun penulisan banyak dibebankan dengan tanggungjawab kedewasaan?

**hatiku masih berbicara setiap masa. cuma empat kerat dan keringat tegar untuk menukilkannya. sejakduamenjak ini lebih banyak butiran hati hilang dibawa angin dan disimpan di dalam awan saja.

sentiasa berharap dari celahan awan tersebut timbul lingkungan pancawarna pelangi.

sentiasa dan sentiasa**

Add comment  Tagged:  October 2, 2009

othman&parsi

What is the aim of the investigation?

To find out the relationship between the time of the day and the presence of Othman and Parsi.

What do you change?

The time of the day

What do you want to measure?

The presence  and activity of Othman and Parsi

What do you keep the same?

The area of observation ( lawn rumah)

Observation:

Othman saja: petang hari bekerja

Othman saja: petang hari bekerja

Othman and Parsi: weekend morning

Othman and Parsi: weekend morning

Othman and Parsi : morning weekend

Othman and Parsi : morning weekend

aksi Parsi: pagi weekend

aksi Parsi: pagi weekend

aksi Othman : weekend pagi

aksi Othman : weekend pagi

 What can you observed?

1. Othman selalu kelihatan dan bersiar-siar ‘keseorangan’ pada waktu petang, manakala pada waktu pagi-pagi mereka selalu bermain berduaan.

2. Othman kelihatan bosan ketika bersendirian dan lebih galak serta aktif ketika bersama Parsi.

What is the relationship between what do you change and what do you measure?

1.Apabila hari semakin lewat, kehadiran Othman adalah bersendirian tanpa Parsi.

2. Apabila hari semakin lewat, aktiviti Othman semain berkurangan.

What can you infer about your observation?

1. Othman ‘keseorangan’ petang-petang kerana Parsi mempunyai kehidupan lain di rumah lain.

2. Othman kelihatan bosan  dan kurang aktif tanpa Parsi kerana Parsi adalah teman sejati Othman.

Predict the next sightings of Othman and Parsi.

They can be seen around 8am-9am on a Sunday.

What is the conclusion?

Othman dan Parsi adalah teman sejati dan sepermainan sewaktu pagi, di mana paginya Parsi free untuk meluangkan masa bersama-sama Othman untuk bermain di laman rumah Cik Nur Lisa. Akan tetapi, Parsi mempunyai kehidupan yang lain sewaktu petang (rumah tuan lain) dan Othman terpaksa bermain keseorangan di laman itu.

Nota kaki: Ujikaji berikut adalah berdasarkan format kertas Sains UPSR.

2 comments September 11, 2009

ode kepada Year 6

perjuangan hampir sampai ke kemuncaknya.

Year 6 2009: gaya santai dalam segala-galanya

Year 6 2009: gaya santai dalam segala-galanya

pagi tadi sewaktu bersiap ke sekolah, kedengaran dua burung seperti ‘berbual’ di luar balkoni bilik saya.. seekor seperti sedang bercerita kepada kawannya dan kawannya membalas..seperti bersembang.lama juga. teringat kata-kata Mama (yang mungkin kepercayaan orang tua), yang kalau terdengar burung ‘berbual’..mungkin sesuatu akan terjadi. Saya cepat2 doa kepada ALLAH supaya melindungi saya dan orang terdekat dan sekelilingi dari sebarang malapetaka dan berikanlah kami Rahmat.

kelas tahun 6 pagi tadi, saya yang mulakan. memang pada tahap ini, saya sudah tidak mengajar..pembelajaran kendiri sudah. soalan saya beri, jawapan saya beri supaya boleh ditanda kemudian. rata-rata mood sudah mood exam.

sambil saya pusing melihat Year 6 menyiapkan kertas percubaan negeri Sabah, dalam hati saya terdetik betapa cepatnya masa berlalu. and i feel soo proud that my babies are finally all grown up and ready for war. walauapapun keputusan peperiksaan mereka, saya tetap akan bangga dengan mereka.

berdasarkan pengalaman setahun jagung saya ini, setiap kelas ada keistimewaannya sendiri. tahun lepas, saya memuji kelas tahun 6 sentiasa nampak berdisiplin dan selalu study. dan pada awal tahun ini mungkin saya agak banyak mengomel kelas tahun 6 tahun ini banyak cabarannya..banyak beza dengan kelas ‘baik’ tahun lepas.

early 2009: gaya santai ujikaji friction

early 2009: gaya santai ujikaji friction

memang gauk (nakal) kelas yang ada anak guru besar, anak guru, anak tukang masak, anak tukang bersih sekolah. 13 boys out of 20. 13 budak kampung..cuba bayangkan betapa aktifnya dan gauknya.. pantang masa terluang, yang lelaki berkejar-kejaran bermain bola, yang perempuan pon join sekali. adoi. kelas yang membuatkan ku menangis pada awal tahun ini.

Alhamdulillah, walaupun gauk dan aktif, batch tahun ini agak cerdas dan cepat tangkap. buat apa-apa aktiviti, sangatlah aktif.sepanjang-panjang tahun ini, hampir tak pernah saya nampak budak-budak ini mengulangkaji..tapi apabila ujian, agak mantap juga keputusan keseluruhan kelas. semalam saya tanya ulangkaji tak malam2? “indak…” “kenapa???” “indak sempat cikguk..”"tak sempat?? malam2 kamu buat apa??”" lepas tarawikh, kamik tadarus cikguk..”

Gulp. Alhamdulillah. “Bagusla..takpalah..sementara kamu tunggu bersungkai (bukak posa), buatlah latihan, na?” “okay ..”.

Saya bukanlah cikgu terbaik. mereka bukanlah supergenius.but teaching them makes my heart burst with such proudness..and makes you wonder what did you do to deserve such students?

my babies. kelas Sains yang ku ‘pegang’ dari mereka berada di Tahun 4. minggu depan mereka bakal bertempur besar di medan perjuangan intelek. rasa masih tak cukup lagi masa untuk membimbing…

terasa susah nak saya lepaskan mereka. dan terasa sedih mereka selepas ini bakal melangkah ke sekolah menengah.

buat atul, jamil, badrun, hapis, hapizudin, azizul, ramdani, akhmal, keyrol, azrul, ram, jim, haziq, fadli,noriah, fresha, shahirah, hafidah, hayati, husna, dan serimah…

Cikgu doakan semoga Allah membei ketenangan hati, kelancaran minda dan panduan dalam menjawab soalan2 UPSR minggu depan. Semoga ALLAH memberikan kejayaan yang setimpal dengan usaha kamu.

Amin.

p/s: siapa cakap PPSMI tak berkesan?? these students are the testaments to the success of PPSMI.

Add comment  Tagged:  September 4, 2009

mariam & othman

othman came back.

othman: gaya, mutu, keunggulan

othman: gaya, mutu, keunggulan

ok, jadi saya menamakan Phantyies II nama baru beliau, Othman. Nama yang agak macho dan gagah. juga agak manja la. (rasanya ada yang TERDEKAT akan ketawa membaca bab manja ni.)

setelah kemunculan misteri pada yang dulu (read my sister’s keepers :http://nurlisaahmadzaki.blog.friendster.com/2009/06/my-sisters-keeper/#comment-239) bermulakah kempen menjadikan laman rumah saya mesra-kucing.

beli frieskies (atau jenamamakanankucin apatah) dan saya taburkan di laman belakang rumah. dan tunggu.

rupanya, Othman ada bini (oklah, saya halalkan hubungan diorang..whatever) , kucing betina belang hitamyang sarat mengandung , buh nama Mariam/Mary. Jangan tanya kenapa. :)

Mary akan setia tunggu makanan di pintu belakang. dan kadang-kadang kemanjaan hormon lebih terasa getis pula, menggesel-gesel di kaki tapi biasala dah kucing pregnant.

Othman lebih elusif. kadang-kadang bukak pintu belakang ada dia dalam aksi sedia nak terkam sesuatu..terhenti. “othman!”. gaya manja dan boleh dipegang saya agak othman mungkin mempunyai nama lain di rumah lain. makan frieskies sekejap, saya beralih sekejao..hilang. elusif.

Othman ada bestfren, seekor kucing Parsi mungkin belaan jiran sebelah. kehadiran kucing Parsi ini senang disedari dengan bunyi loceng yang dipakaikan ke lehernya..adakah nama nya setipikal Tinkerbell?? saya panggil Parsi sementara pikir nama yang sesuai. Bestfren Parsi dan othman kerana kadang-kadang terlihat bermain-main dan bercakar-cakaran di halaman rumah..tupun saya terdengar ‘kecing-kecing-kecing’ dan saya jenguk ke luar tingkap’.

kadang-kadang Parsi/tinkerbell tidur atas kereta.tomei.

my lawn in a wonderland.

5 comments  Tagged:  , , September 1, 2009

sonata bulan Ramadhan

saya minta maaf.

perkara-perkara tersebut selalu mematahkan usaha saya untuk memulakan sebarang blog.

-Facebook

-Friendster

-Nur Kasih

-Youtube - Meteor Garden, Whose Line is it Anyway

-Aktiviti menyulam manik baju raya

-tidur

- aktiviti ‘melawat’kedai2 baju dan pasar ramadhan

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Godaan di bulan Ramadhan amatlah tinggi.

Cuba untuk berkarya secepat mungkin. tapi lepas tengok whose line..dalam youtube dulu ;p.

Sonata..sonata ramadhan.

Add comment August 30, 2009

trippin: melt my heart to stone

sabtu lepas. rasa sungguh-sungguh nak keluar sekejap dari limbang. memujuk rayu Miss S supaya menemani trippin jiwa ke Lawas. Tamu Besar Lawas sebenarnya. alasan sebenarnya sebab rasa nak tengok dunia luar.

baby pod pun saja nak ambik mileage. tak mencabar rasanya asyik-asyik bergerak dan parking ke tamu saja…dahla kena berjemur berjam di tengah panas. sunburnt sudah spoiler baby pod. Couple of the year Teddy dan Nutty Tart pun dah tahu masanya sudah tiba untuk trippin lagi. saya ikat gaya baru rambut Nutty Tart. sebenarnya dia bukanlah begitu ‘tart’..setia dia pada teddy.

trippin across borders ngan Miss S

trippin across borders ngan Miss S

sebenarnya gerun jugak nak bertrippin masa wabak H1N1 ni, tapi memandangkan jiwa bergelora hendak melihat dunia..kami redah juga sambil mengambil langkah berjaga-jaga..terutamanya semasa lalu Brunei.

ninja/ gaya
ninja/ gaya

topeng muka dan juga dettol hand sanitizier. insyaallah rasanya..walaupun terasa agak lucu ketika pegawai imegresen nak tgk muka untuk banding ngan passport.

tamu besar lawas tidaklah menggamit apa-apa keterujaan seperti gelarannya. tapi terdapat juga sesuatu yang berjaya merampas wang pencarian saya (cewah). nantikan..hehe
apabila susah sampai Lawas, terdetik hati kami..”jom pergi Sabah??”. memandangkan Limbang/Lawas sudah sempadan Sarawak/Sabah..bukanlah sesuatu yang mengagumkan sangat. pada mulanya. Miss J sempat lagi “apa kata kita pergi Kota Kinabalu..”. rasa nak semput dah.
Kami merentas sempadan bersiar-siar kecil di Sipitang, Sabah. kalau nak makan satay di bahagian utara Sarawak ni, di Sipitang lah tempatnya. mengikut standard borneo, pekan sipitang bersaiz sederhana. tetapi persoalannya ” kat mana orang Sipitang beli kasut aa??”. hahaha
setelah sejam tunggu dalam keta, keluar melihat keadaan...ada lori stuck tak boleh keluar dari feri

setelah sejam tunggu dalam keta, keluar melihat keadaan...ada lori stuck tak boleh keluar dari feri

semasa dalam perjalanan balik (sejam terlambat sebab ada lori tak boleh naik tebing tinggi dari dalam feri Pandaruan) melepasi sempadan Puni, Brunei, saya terima sms dari teman sekerja.
Mrs. Z dan family accident kereta di sempadan Merapok (sarawak/sabah) sama ada sebelum atau selepas kami lalui jalan yang sama tadi. patah tangan dan dipindahkan ke hospital KK. semoga cepat sembuh.
ini ekspidisi terakhir sebelum Ramadhan. tak janji tidak trippin semasanya.:). terasa lega dan puas…Alhamdulillah.
ermm..bolela guna for Salam Ramadhan jugak tak?

ermm..bolela guna for Salam Ramadhan jugak tak?

Salam Ramadhan semua. semoga hati-hati kita yang berbatu akan cair semula dengan nikmat-nikmat ALLAH di bulan puasa ini.

4 comments August 18, 2009

Previous Posts


Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Recent Posts

arkib blogku

Categories

komens

Links

No album exists or data is unavailable.

View all albums(0)