trippin: melt my heart to stone

August 18, 2009

sabtu lepas. rasa sungguh-sungguh nak keluar sekejap dari limbang. memujuk rayu Miss S supaya menemani trippin jiwa ke Lawas. Tamu Besar Lawas sebenarnya. alasan sebenarnya sebab rasa nak tengok dunia luar.

baby pod pun saja nak ambik mileage. tak mencabar rasanya asyik-asyik bergerak dan parking ke tamu saja…dahla kena berjemur berjam di tengah panas. sunburnt sudah spoiler baby pod. Couple of the year Teddy dan Nutty Tart pun dah tahu masanya sudah tiba untuk trippin lagi. saya ikat gaya baru rambut Nutty Tart. sebenarnya dia bukanlah begitu ‘tart’..setia dia pada teddy.

trippin across borders ngan Miss S

trippin across borders ngan Miss S

sebenarnya gerun jugak nak bertrippin masa wabak H1N1 ni, tapi memandangkan jiwa bergelora hendak melihat dunia..kami redah juga sambil mengambil langkah berjaga-jaga..terutamanya semasa lalu Brunei.

ninja/ gaya
ninja/ gaya

topeng muka dan juga dettol hand sanitizier. insyaallah rasanya..walaupun terasa agak lucu ketika pegawai imegresen nak tgk muka untuk banding ngan passport.

tamu besar lawas tidaklah menggamit apa-apa keterujaan seperti gelarannya. tapi terdapat juga sesuatu yang berjaya merampas wang pencarian saya (cewah). nantikan..hehe
apabila susah sampai Lawas, terdetik hati kami..”jom pergi Sabah??”. memandangkan Limbang/Lawas sudah sempadan Sarawak/Sabah..bukanlah sesuatu yang mengagumkan sangat. pada mulanya. Miss J sempat lagi “apa kata kita pergi Kota Kinabalu..”. rasa nak semput dah.
Kami merentas sempadan bersiar-siar kecil di Sipitang, Sabah. kalau nak makan satay di bahagian utara Sarawak ni, di Sipitang lah tempatnya. mengikut standard borneo, pekan sipitang bersaiz sederhana. tetapi persoalannya ” kat mana orang Sipitang beli kasut aa??”. hahaha
setelah sejam tunggu dalam keta, keluar melihat keadaan...ada lori stuck tak boleh keluar dari feri

setelah sejam tunggu dalam keta, keluar melihat keadaan...ada lori stuck tak boleh keluar dari feri

semasa dalam perjalanan balik (sejam terlambat sebab ada lori tak boleh naik tebing tinggi dari dalam feri Pandaruan) melepasi sempadan Puni, Brunei, saya terima sms dari teman sekerja.
Mrs. Z dan family accident kereta di sempadan Merapok (sarawak/sabah) sama ada sebelum atau selepas kami lalui jalan yang sama tadi. patah tangan dan dipindahkan ke hospital KK. semoga cepat sembuh.
ini ekspidisi terakhir sebelum Ramadhan. tak janji tidak trippin semasanya.:). terasa lega dan puas…Alhamdulillah.
ermm..bolela guna for Salam Ramadhan jugak tak?

ermm..bolela guna for Salam Ramadhan jugak tak?

Salam Ramadhan semua. semoga hati-hati kita yang berbatu akan cair semula dengan nikmat-nikmat ALLAH di bulan puasa ini.

Entry Filed under: Current Affairs. .



4 Comments Add your own

  • 1.    ama  |  August 19th, 2009 at 11:23 am

    aku pon ada gambar pakai mask.. bagus2.. mari pakai mask beramai2.. :)
    salam ramadhan juga..

  • 2.    lisa  |  August 19th, 2009 at 8:03 pm

    beb..aku lupa nak creditkan ko sebagai the introducer to this lovely song:

    Thanx Amma for putting this Adele song in her blog. Love it!

  • 3.    Nora O'Fahmi  |  August 19th, 2009 at 8:10 pm

    Salam Ramadhan too..insyallah my husband will be here utk berpuasa dan beraya bersama :)

  • 4.    lisa  |  August 19th, 2009 at 9:37 pm

    :))

    salam ramadhan bersama-sama di sligo, Mr. & Mrs. Anwar Fahmi

Leave a comment

hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Recent Posts

arkib blogku

Categories

komens

Links

No album exists or data is unavailable.

View all albums(0)