ode kepada Year 6
September 4, 2009
perjuangan hampir sampai ke kemuncaknya.
pagi tadi sewaktu bersiap ke sekolah, kedengaran dua burung seperti ‘berbual’ di luar balkoni bilik saya.. seekor seperti sedang bercerita kepada kawannya dan kawannya membalas..seperti bersembang.lama juga. teringat kata-kata Mama (yang mungkin kepercayaan orang tua), yang kalau terdengar burung ‘berbual’..mungkin sesuatu akan terjadi. Saya cepat2 doa kepada ALLAH supaya melindungi saya dan orang terdekat dan sekelilingi dari sebarang malapetaka dan berikanlah kami Rahmat.
kelas tahun 6 pagi tadi, saya yang mulakan. memang pada tahap ini, saya sudah tidak mengajar..pembelajaran kendiri sudah. soalan saya beri, jawapan saya beri supaya boleh ditanda kemudian. rata-rata mood sudah mood exam.
sambil saya pusing melihat Year 6 menyiapkan kertas percubaan negeri Sabah, dalam hati saya terdetik betapa cepatnya masa berlalu. and i feel soo proud that my babies are finally all grown up and ready for war. walauapapun keputusan peperiksaan mereka, saya tetap akan bangga dengan mereka.
berdasarkan pengalaman setahun jagung saya ini, setiap kelas ada keistimewaannya sendiri. tahun lepas, saya memuji kelas tahun 6 sentiasa nampak berdisiplin dan selalu study. dan pada awal tahun ini mungkin saya agak banyak mengomel kelas tahun 6 tahun ini banyak cabarannya..banyak beza dengan kelas ‘baik’ tahun lepas.
memang gauk (nakal) kelas yang ada anak guru besar, anak guru, anak tukang masak, anak tukang bersih sekolah. 13 boys out of 20. 13 budak kampung..cuba bayangkan betapa aktifnya dan gauknya.. pantang masa terluang, yang lelaki berkejar-kejaran bermain bola, yang perempuan pon join sekali. adoi. kelas yang membuatkan ku menangis pada awal tahun ini.
Alhamdulillah, walaupun gauk dan aktif, batch tahun ini agak cerdas dan cepat tangkap. buat apa-apa aktiviti, sangatlah aktif.sepanjang-panjang tahun ini, hampir tak pernah saya nampak budak-budak ini mengulangkaji..tapi apabila ujian, agak mantap juga keputusan keseluruhan kelas. semalam saya tanya ulangkaji tak malam2? “indak…” “kenapa???” “indak sempat cikguk..”"tak sempat?? malam2 kamu buat apa??”" lepas tarawikh, kamik tadarus cikguk..”
Gulp. Alhamdulillah. “Bagusla..takpalah..sementara kamu tunggu bersungkai (bukak posa), buatlah latihan, na?” “okay ..”.
Saya bukanlah cikgu terbaik. mereka bukanlah supergenius.but teaching them makes my heart burst with such proudness..and makes you wonder what did you do to deserve such students?
my babies. kelas Sains yang ku ‘pegang’ dari mereka berada di Tahun 4. minggu depan mereka bakal bertempur besar di medan perjuangan intelek. rasa masih tak cukup lagi masa untuk membimbing…
terasa susah nak saya lepaskan mereka. dan terasa sedih mereka selepas ini bakal melangkah ke sekolah menengah.
buat atul, jamil, badrun, hapis, hapizudin, azizul, ramdani, akhmal, keyrol, azrul, ram, jim, haziq, fadli,noriah, fresha, shahirah, hafidah, hayati, husna, dan serimah…
Cikgu doakan semoga Allah membei ketenangan hati, kelancaran minda dan panduan dalam menjawab soalan2 UPSR minggu depan. Semoga ALLAH memberikan kejayaan yang setimpal dengan usaha kamu.
Amin.
p/s: siapa cakap PPSMI tak berkesan?? these students are the testaments to the success of PPSMI.
Entry Filed under: Current Affairs, Science, school, wishful thinking. Tags: year 6.


Leave a comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed