hatiku berbicara
October 2, 2009
prologue:
harap ada saintis cipta blog yang boleh tolong tuliskan buah pemikiran terus dari hati. kerana yang ‘penulisan’ nya yang terbaik tersimpan di sana.
Bab I
masa sekolah rendah dulu, Assyl selalu duduk di bawah pokok rimbun rendang di depan rumahnya sambil membaca buku seram yang tebal. Bercakap dengan Jin. Amat menghairankan kerana Assyil dah tua bangka seorang penakut ayam.
mungkin pengolahan keseraman buku tersebut menarikkan dia untuk menulis. mungkin juga kehebatan fantasi dunia-dunia bubblegum lollipop Enid Blyton di yang sentiasa bertukar di atas The Faraway Tree, yang rasanya jauh lebih hebat dari Harry Potter.
dia bersama teman baiknya sentiasa berbual mengenai ladida ladidi sambil lelepakan di atas dedahan kayu yang landai di sebuah pohon rendah pada waktu lapang.
Bab II
Assyl mula menulis novel /novel grafik mengenai kehidupan diri dan rakan sewaktu remajanya yang berlatarkan hening-bening hidup di sekolah sejantina. Mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh antika-antika Jessica dan Elizabeth di dalam novel-novel Sweet Valley High yang kini berhabuk di atas almari adik perempuannya.
Natural Born Killers. nama kliknya. juga nama 3 novel/novel grafik yang dihasilkan dengan jilid berturutan. kini berada dimanaentah dalam stor belakang rumah, menunggu masa anak/cucu/cicit yang ingin mengimbau kenangan saudara-mara yang doludolu.
Bab III
Usahanya untuk memulakan novel yang bercorak fiksyen dan tidak berunsur peribadi sentiasa gagal. kerana baginya penulisan itu sendiri adalah peribadi. apabila kita menulis sesuatu, kita mendedahkan sebahagian dari diri kita. when we write, we bare our soul. dia rasa kagum kepada penulis yang berjaya menulis fiksyen yang benar-benar fiksyen.
dan pada saat ini, Assyl hanya menulis dalam diari. dan ini berterusan dari zaman awal remajanya hinggalah ke zaman universiti. pahit-maung, masam-manis, suka-duka semuanya berkarakterkan coretan diary.
dalam fasa-fasa ini lahirlah beberapa jilid ‘My Untold’s.
Bab IV
tahun itu 2005. Friendster baru saja memperkenalkan add-on baru sewaktu itu dipanggil ‘blog’. konsep yang agak seram dan janggal bagi Assyl. memaparkan tulisan jiwa supaya satu dunia melihatnya? aduh. tapi berkobar-kobar terasa ingin mencuba medium penerbitan yang baru ini; konsep penerbitan hasil penulisan sendiri tanpa perlu melalui tapisan editor. kita penulisnya. kita lah editornya.
May 2005. bermulalah satu fasa baru bagi diri penulis yang sentiasa berlegar mindanya. menzahirkan sesuatu yang peribadi ke dunia tanpa batasan, tetapi kekal identiti yang abstrak. pantun-memantun tiga empat rangkap yang kadang-kadang tak sampai ideanya jika tidak diulas dengan lebih baik.
Seni kiasan hemah awam. Siapa sangka sudah melepasi nombor keramat 101? dan memasuki tahun ke 5nya?
Siapa sangka?
Prologue
Twelve Red Herrings nukilan Jeffery Archer. kagum dengan gaya penulisan suspen beliau, dengan penutup yang selalu mengejutkan. sedar diri sudah lama tidak menulis blog.
membaca arkib blog-blog terdahulu. adakah saya semakin lama semakin berkarat? ataupun penulisan banyak dibebankan dengan tanggungjawab kedewasaan?
**hatiku masih berbicara setiap masa. cuma empat kerat dan keringat tegar untuk menukilkannya. sejakduamenjak ini lebih banyak butiran hati hilang dibawa angin dan disimpan di dalam awan saja.
sentiasa berharap dari celahan awan tersebut timbul lingkungan pancawarna pelangi.
sentiasa dan sentiasa**
Entry Filed under: Books, Current Affairs, wishful thinking. Tags: Weblogs.

Leave a comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed