life goes on

October 11, 2009

 

 

Disintegration by Luke Chueh

 

 

Disintegration by Luke Chueh

Sungguh perit, kan?

Sewaktu kita sedih dan bermuram durja. terasa dunia sungguh suram. Rasa payah. Perit.

Terasa merangkak-rangkak diri bergelumang dengan perasaan. Rasa macam mahu menjerit dan meronta, seperti orang di sekeliling buat bodo atau tak faham (tak pasti?) dengan apa yang kita rasa.  Terasa seperti terapung dalam laut kesedihan, dibawa ombak badai kekalutan dan keserabutan.

“Life goes on”, kata perangsang yang sudah lali didengar.  Berpinar telinga.Rasa macam nak kata “Diamlah!!”.  Jiwa rasa meronta-ronta, meluap-luap hendak memberontak.Tapi itulah kebenarannnya, walaupun pahit nak ditelan. Sebanyak mana dalam kesedihan atau keperitan itu, hidup perlu diteruskan.

Kerana, pada penghujung hari, itu adalah kebenarannya. hidup tetap akan berterusan, sama ada kita nak ia diteruskan, atau kita tak nak teruskan hidup dan nak hidup dalam keadaan pegun tersebut.

Burung akan tetap bersiulkan lagunya. Matahari akan tetap bersinar. malamnya bintang tetap akan berkelipan.

 

Firman Allah dalam ayat Al-Baqarah (155-156):

Dan sesungguhnya, kami pasti akan terus-menerus menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan..

..dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahiwainnalillahiroji’un..‘ “

Amin.

Entry Filed under: Current Affairs, Weblogs, wishful thinking. Tags: .



Leave a comment

hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Recent Posts

arkib blogku

Categories

komens

Links

No album exists or data is unavailable.

View all albums(0)